Archive
Tuesday, 24 April 2012
Montaj gamatkan konvensyen halatuju Felda
SHAH ALAM: Tayangan montaj Konvensyen Halatuju Felda di Dewan Unisel, Shah Alam disorak para peserta apabila wajah Pengerusi Felda yang kontroversi, Tan Sri Isa Samad terpapar di layar.
Ianya yang ditayangkan kira-kira sepuluh minit itu menayangkan wajah Isa selama beberapa saat, di celah-celah jerit-perih para peneroka, selain memuatkan beberapa siri bantahan membabitkan kes-kes di mahkamah.
Montaj tersebut ditayangkan sempena perasmian konvensyen yang disempurnakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Syeikh Abdul Kadir Syeikh Fadzir, pagi tadi.
Cakera padat montaj tersebut kemudiannya diedarkan secara percuma kepada para media.
Konvensyen anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) itu menghimpunkan hampir 1000 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, sama ada peneroka asal, anak peneroka dan individu yang prihatin dengan perjuangan Felda.
Menurut Pengarah Program, Nasaie Ismail, program ini memberi ruang kepada peserta, khususnya peneroka untuk mengetahui agenda pihak-pihak tertentu berkaitan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Kuala Lumpur.
Selain Tan Sri Kadir, antara tetamu yang turut serta pada program ini ialah Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid; Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh; anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Abdul Ghafar; dan peguam Haris Abdullah.
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dijangka hadir pada sesi petang ini sebagai tanda sokongan kepada perjuangan peneroka Felda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Anjuran

Popular
-
SHAH ALAM- Peneroka Felda berhadapan risiko besar sekiranya menandatangani Borang Pentadbir Tanah, yang kini telah diserahkan kepada penama ...
-
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FELDA adalah sebuah agensi pembangunan tanah yang utama di Malaysia. FELDA t...
-
SHAH ALAM: Tayangan montaj Konvensyen Halatuju Felda di Dewan Unisel, Shah Alam disorak para peserta apabila wajah Pengerusi Felda yang ko...
-
TARIKH 22 April 2012 ( Ahad ) 08.00 pagi : Pendaftaran peserta : Ketibaan Wakil-wakil Jabatan Kerajaan/NGO/VIP 08.30...
-
SHAH ALAM: Konvesyen hala tuju Felda yang berlangsung di Universiti Industri Selangor semalam membuat 10 resolusi khas bagi menentukan kedud...
-
Memberikan pendedahan kepada awam tentang kepentingan FELDA dalam masyarakat Membincangkan halatuju FELDA sebagai badan rakyat dalam m...
-
SHAH ALAM - Penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) di Bursa Saham Malaysia akan merugikan Felda kerana Koperasi Permodalan Felda (...
-
CATATAN PERISTIWA 22 April 2012 - Seramai 35 orang warga Felda, majoritinya terdiri dari peneroka di 9 buah tanah rancangan Felda dalam d...