Kovensyen Halatuju Felda

22 APRIL 2012 | 8.30am - 5.00pm | Dewan Unisel Shah ALam

Pengenalan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FELDA adalah sebuah agensi pembangunan tanah yang utama di Malaysia. FELDA telah ditubuhkan pada...

Objektif

Memberikan pendedahan kepada awam tentang kepentingan FELDA dalam masyarakat.

Monday 23 April 2012

'Kepentingan Felda dijual jika disenarai'

SHAH ALAM - Penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) di Bursa Saham Malaysia akan merugikan Felda kerana Koperasi Permodalan Felda (KPF) hilang kuasa atas asetnya.

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub berkata, 20 peratus kepentingan Felda dijual kepada syarikat luar negara.

“Penyenaraian FGVH tidak wajar, tetapi terpulang kepada peneroka bertindak menyelamatkan Felda dan masa hadapan generasi muda peneroka,” katanya ketika membentangkan kertas kerja FGVH: Untung dan Rugi Penyenaraian di Konvensyen Halatuju Felda di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Kakitangan SHELL, Hairul Nizam berkata, peneroka Felda seluruh negara perlu melakukan penambahbaikan bagi mantapkan operasi Felda dan KPF.

“KPF perlu mewujudkan Bank Koperasi Felda sendiri untuk memudahkan peneroka membuat pinjaman kewangan.

“KPF menyediakan skim pinjaman­ mikrokredit untuk kemudahan isteri dan anak peneroka untuk melakukan perniagaan yang dapat menjana ekonomi Felda,” katanya.

Bagi bekas Naib Presiden Felcra Berhad, Datuk Ramli Buyong mengesyorkan pasukan pemantau terdiri daripada generasi muda Felda untuk memantau operasi Felda.

“Pasukan pemantau berperanan memantau jumlah perahan minyak, pengeluaran minyak dan hasil serta pemasaran,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menyerahkan resolusi yang dicapai pada Konvensyen Hala Tuju Felda kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Mei depan.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, resolusi itu diserahkan untuk meminta Najib menimbang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Berhad ke Bursa Saham dijangka Jun nanti.

0 comments:

Post a Comment