Kovensyen Halatuju Felda

22 APRIL 2012 | 8.30am - 5.00pm | Dewan Unisel Shah ALam

Pengenalan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FELDA adalah sebuah agensi pembangunan tanah yang utama di Malaysia. FELDA telah ditubuhkan pada...

Objektif

Memberikan pendedahan kepada awam tentang kepentingan FELDA dalam masyarakat.

Tuesday 24 April 2012

Montaj gamatkan konvensyen halatuju Felda



SHAH ALAM: Tayangan montaj Konvensyen Halatuju Felda di Dewan Unisel, Shah Alam disorak para peserta apabila wajah Pengerusi Felda yang kontroversi, Tan Sri Isa Samad terpapar di layar.

Ianya yang ditayangkan kira-kira sepuluh minit itu menayangkan wajah Isa selama beberapa saat, di celah-celah jerit-perih para peneroka, selain memuatkan beberapa siri bantahan membabitkan kes-kes di mahkamah.

Montaj tersebut ditayangkan sempena perasmian konvensyen yang disempurnakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Syeikh Abdul Kadir Syeikh Fadzir, pagi tadi.

Cakera padat montaj tersebut kemudiannya diedarkan secara percuma kepada para media.

Konvensyen anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) itu menghimpunkan hampir 1000 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, sama ada peneroka asal, anak peneroka dan individu yang prihatin dengan perjuangan Felda.

Menurut Pengarah Program, Nasaie Ismail, program ini memberi ruang kepada peserta, khususnya peneroka untuk mengetahui agenda pihak-pihak tertentu berkaitan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Kuala Lumpur.

Selain Tan Sri Kadir, antara tetamu yang turut serta pada program ini ialah Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid; Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh; anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Abdul Ghafar; dan peguam Haris Abdullah.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dijangka hadir pada sesi petang ini sebagai tanda sokongan kepada perjuangan peneroka Felda.

Monday 23 April 2012

Delegasi Bera ke Konvensyen Halatuju Felda 2012







CATATAN PERISTIWA

22 April 2012 - Seramai 35 orang warga Felda, majoritinya terdiri dari peneroka di 9 buah tanah rancangan Felda dalam daerah Bera telah menyertai Konvensyen Halatuju Felda yang berlangsung di Unisel.
Mereka bertolak dengan menaiki sebuah bas sewa khas dari Masjid Daerah Bera pada jam 6.30 pagi.
Delegasi ini telah selamat kembali ke Bera pada jam 10.30 malam hari yang sama.
Turut serta, Pengerusi ANAK Parlimen Bera, Sdr. Mohd Shahrul Mohamed.
Untuk melihat album gambar penuh, sila klik pautan ini.

10 resolusi yang terhasil dari konvensyen tersebut (sumberHarakahdaily):

1. Menentang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) di atas tiga perkara utama;
a. Penglibatan syarikat yahudi yang merangkumi 20%;
b. Melibatkan tanah Felda Plantation yang sepatutunya diagihkan kepada generasi kedua; dan
c. Melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF).
2. Tanah Felda Plantation mesti diagihkan kepada generasi kedua Felda dan rakyat yang layak;
3. Koperasi Felda di peringkat rancangan diberi peranan utama mengendalikan kebun-kebun peneroka dan bukannya Felda Technoplant;
4. Membuka peluang pekerjaan kepada generasi kedua dalam perladangan, perniagaan dan seluruh pengurusan Felda;
5. Jawatan pengerusi Felda hendaklah diberikan kepada anak peneroka;
6. Memperuntukkan kuota ahli lembaga pengarah Felda dan 47 anak-anak syarikat Felda kepada generasi kedua Felda sebanyak 50%;
7. Mewujudkan Universiti Felda untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pakar-pakar dalam bidang perladangan, bioteknologi dan sebagainya dari anak-anak peneroka;
8. Mewujudkan perumahan generasi kedua Felda melalui projek Bandar baru Felda;
9. Memberi pembiayaan mudah melalui institusi-institusi kewangan kepada peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda untuk menambah caruman saham dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF); dan
10. Menghapuskan hutang-hutang peneroka yang tidak munasabah.
Dalam pada itu, resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak selewat-lewatnya Mei depan untuk diambil tindakan.

'Kepentingan Felda dijual jika disenarai'

SHAH ALAM - Penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) di Bursa Saham Malaysia akan merugikan Felda kerana Koperasi Permodalan Felda (KPF) hilang kuasa atas asetnya.

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub berkata, 20 peratus kepentingan Felda dijual kepada syarikat luar negara.

“Penyenaraian FGVH tidak wajar, tetapi terpulang kepada peneroka bertindak menyelamatkan Felda dan masa hadapan generasi muda peneroka,” katanya ketika membentangkan kertas kerja FGVH: Untung dan Rugi Penyenaraian di Konvensyen Halatuju Felda di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Kakitangan SHELL, Hairul Nizam berkata, peneroka Felda seluruh negara perlu melakukan penambahbaikan bagi mantapkan operasi Felda dan KPF.

“KPF perlu mewujudkan Bank Koperasi Felda sendiri untuk memudahkan peneroka membuat pinjaman kewangan.

“KPF menyediakan skim pinjaman­ mikrokredit untuk kemudahan isteri dan anak peneroka untuk melakukan perniagaan yang dapat menjana ekonomi Felda,” katanya.

Bagi bekas Naib Presiden Felcra Berhad, Datuk Ramli Buyong mengesyorkan pasukan pemantau terdiri daripada generasi muda Felda untuk memantau operasi Felda.

“Pasukan pemantau berperanan memantau jumlah perahan minyak, pengeluaran minyak dan hasil serta pemasaran,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menyerahkan resolusi yang dicapai pada Konvensyen Hala Tuju Felda kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Mei depan.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, resolusi itu diserahkan untuk meminta Najib menimbang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Berhad ke Bursa Saham dijangka Jun nanti.

Sunday 22 April 2012

10 resolusi konvensyen hala tuju Felda

SHAH ALAM: Konvesyen hala tuju Felda yang berlangsung di Universiti Industri Selangor semalam membuat 10 resolusi khas bagi menentukan kedudukan Felda pada masa hadapan.

Presiden Anak, Mazlan Aliman menjelaskan resolusi yang diperolehi ini adalah hasil kesepakatan semua yang hadir sama ada melalui perbentangan kertas kerja oleh panel, ulasan mahupun soal jawab peneroka yang hadir.

"Hari ini lahirlah satu resolusi khas untuk kita membawa menentukan hala tuju Felda pada masa hadapan apatah lagi setelah Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara ini.

"Melalui resolusi ini juga kita dapat menaikan martabat Felda pada tahap yang sepatutnya bukannya menjadikan Felda sebagai satu gadaian untuk memperolehi wang secara segera," jelasnya sewaktu membaca resolusi hala tuju Felda.

10 resolusi yang dicapai semalam adalah:

1. Menentang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) di atas tiga perkara utama;

a. Penglibatan syarikat yahudi yang merangkumi 20%;

b. Melibatkan tanah Felda Plantation yang sepatutunya diagihkan kepada generasi kedua; dan

c. Melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF).

2. Tanah Felda Plantation mesti diagihkan kepada generasi kedua Felda dan rakyat yang layak;

3. Koperasi Felda di peringkat rancangan diberi peranan utama mengendalikan kebun-kebun peneroka dan bukannya Felda Technoplant;

4. Membuka peluang pekerjaan kepada generasi kedua dalam perladangan, perniagaan dan seluruh pengurusan Felda;

5. Jawatan pengerusi Felda hendaklah diberikan kepada anak peneroka;

6. Memperuntukkan kuota ahli lembaga pengarah Felda dan 47 anak-anak syarikat Felda kepada generasi kedua Felda sebanyak 50%;

7. Mewujudkan Universiti Felda untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pakar-pakar dalam bidang perladangan, bioteknologi dan sebagainya dari anak-anak peneroka;

8. Mewujudkan perumahan generasi kedua Felda melalui projek Bandar baru Felda;

9. Memberi pembiayaan mudah melalui institusi-institusi kewangan kepada peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda untuk menambah caruman saham dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF); dan

10. Menghapuskan hutang-hutang peneroka yang tidak munasabah.

Dalam pada itu, resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak selewat-lewatnya Mei depan untuk diambil tindakan.
template joomla

Resiko tandatangan borang pentadbir tanah

Resiko tandatangan borang pentadbir tanah
SHAH ALAM- Peneroka Felda berhadapan risiko besar sekiranya menandatangani Borang Pentadbir Tanah, yang kini telah diserahkan kepada penama sebelum tindakan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) dilakukan kerajaan.
Risiko tersebut membabitkan segala kemungkinan yang timbul ekoran penyenaraian FGVH ke Bursa Kuala Lumpur.
Perkara tersebut didedahkan Presiden Anak, Mazlan Aliman , ketika sidang media, di Konvensyen Halatuju Felda, di Dewan Unisel, di sini, hari ini.
Mazlan menjelaskan, borang yang ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah itu terdapat terma-terma yang mengundang risiko amat besar terhadap para peneroka kerana mereka tidak boleh menuntut atau mengambil apa-apa tindakan sekiranya berlaku apa-apa perkara berbangkit selepas penyenaraian dilakukan.
"Saya bacakan di sini, tertera kenyataan di dalam borang tersebut 'bahawa saya membuat surat akuan ini secara suci hati, dengan kehendak dan kerelaan saya sendiri tanpa paksaan dan ugutan daripada mana-mana pihak', juga terma 'saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang yang boleh menjejaskan nama baik Felda pada masa akan datang atau menyebabkan sebarang tindakan diambil terhadap pihak Felda berhubung dengan 'Blue Form' tersebut.
"Ini menjelaskan setiap pentadbir yang menandatangani surat tersebut tidak boleh menuntut apa-apa sekiranya berlaku selepas penyenaraian tersebut. Saya dimaklumkan, ada yang menandatangani surat tersebut tidak memahaminya sebelum menandatanganinya. Jadi saya minta mereka berjumpa kembali pesuruhjaya sumpah itu untuk menarik balik (surat perjanjian)," jelas beliau.
Sementara itu, bekas Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, berkata penyenaraian sesebuah syarikat kebiasaannya dilakukan bagi mendapatkan dana, sedangkan FGVH tidak memerlukannya.
"Saya pelik kerana sepatutnya penyenaraian untuk syarikat untuk mendapatkan wang, sedangkan Felda tiada masalah untuk itu. Felda setiap tahun mencatat untung dari syarikat-syarikat tidak kurang RM2.4 bilion dengan membelanjakan hanya RM1.9 bilion. Saya fikir ia (penyenaraian) tidak perlu untuk Felda," kata beliau pada sidang media yang sama.
Konvensyen anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) ini dihadiri kira-kira 1000 peserta dari seluruh pelusuk negara, termasuk dari Sabah, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, sama ada peneroka asal, anak peneroka dan individu yang prihatin dengan perjuangan Felda.
Program, Nasaie Ismail, program ini memberi ruang kepada peserta, khususnya peneroka untuk mengetahui agenda pihak-pihak tertentu berkaitan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Kuala Lumpur.

Monday 16 April 2012

Tentatif Program


TARIKH
22 April 2012 ( Ahad )

08.00 pagi  : Pendaftaran peserta
                     : Ketibaan Wakil-wakil Jabatan Kerajaan/NGO/VIP
08.30           : Nyanyian Lagu Negaraku
                     : Konvensyen Bermula
09.00           : Perasmian Program
10.00           : Perbentangan Kertas Kerja 1
                       Felda Global Venture Berhad (FGVB), 
                       Untung dan Rugi Penyenaraian
                        Oleh : Ybr Dr Rosli Yaakub
                          ( Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara )
12.00           : Ulasan dan komentar
                       Oleh :   1. Tan Sri Syeikh Abdul Kader Syeikh Fadzir
                                    2. Dato’ Zainal Hassan           
                     : Soal Jawab Peserta
01.15           : Rehat
                     : Makan tengah hari dan Solat Zohor
02.15           : Pembentangan Kertas Kerja 2
                        Masa Depan dan Halatuju FELDA
                        Oleh : Dr Kamari Kasan
03.15           : Ulasan dan Komentar
                        Oleh :   1. Dato’ Paduka Husam Musa
                                     2. En Rafizi bin Ramli
04.30           : Majlis Perasmian Penutup Konvenyen
                        Oleh : Tan Sri Khalid Ibrahim 
                        (Menteri Besar Selangor)

Wednesday 11 April 2012

Konvensyen Halatuju Felda



Objektif


 Memberikan pendedahan kepada awam tentang kepentingan FELDA dalam masyarakat

 Membincangkan halatuju FELDA sebagai badan rakyat dalam mengahadapi cabaran global

 Membincangkan secara khusus kesan penyenaraian FGVB dalam bursa saham

 Merangka dasar jangka panjang untuk FELDA demi menyelamatkan warga peneroka yang kian hari dihimpit dengan pelbagai isu

 Membina keyakinan awam terhadap FELDA yang menjadi antara penyumbang besar dalam kek ekonomi Negara pada masa akan datang

Pengenalan


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FELDA adalah sebuah agensi pembangunan tanah yang utama di Malaysia. FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 hasil daripada syor Jawatankuasa Kerja Kerajaan.

Tujuan FELDA ditubuhkan pada masa itu adalah untuk membantu pihak kerajaan melaksanakan rancangan pembangunan kawasan pedalaman dan membantu meningkatkan status ekonomi serta taraf hidup masyarakat di kawasan luar bandar.

Pada asalnya, FELDA berfungsi sebagai sebuah lembaga yang menguruskan dan menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan rancangan pembangunan tanah di negeri masing-masing, selain daripada menyelaraskan pembangunan tanah di negeri berkenaan termasuk perpindahan penduduk antara negeri.

Kemudian fungsi FELDA telah diperluaskan oleh kerajaan dan mulai tahun 1961, FELDA telah diamanahkan oleh kerajaan untuk melaksanakan sendiri rancangan-rancangan pembangunan tanah dan pembangunan penempatan di seluruh negara.

Sehingga kini, FELDA telah membuka dan membangunkan lebih kurang 480 buah kawasan baru berjumlah seluas 853,313 hektar yang dijadikan sebagai kawasan pertanian, perladangan dan penempatan. Seramai 112,635 jumlah orang telah dipilih sebagai peneroka daripada kalangan masyarakat pedalaman dan luar bandar yang miskin dan tidak bertanah. Mereka dan keluarga mereka masing-masing semuanya telah ditempatkan semula di penempatan-penempatan baru.

Pembangunan tanah dan pembangunan penempatan di kawasan pedalaman, yang mana merupakan sebahagian besar daripada kawasan di Malaysia pada masa itu, telah membawa kepada perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial serta membawa kepada kestabilan politik negara pada masa kini.

Melalui rancangan-rancangan pembangunan tanah dan penempatan yang dilaksanakan, FELDA telah dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar serta dapat merapatkan jurang perbezaan kualiti hidup antara penduduk bandar dan luar bandar.